Wednesday, April 13, 2011

Berikan Komen Anda

Assalamualaikum semua.

Lebih kurang 4 bulan kita belajar Bahasa Arab bersama-sama. Jadi saya nak mintak komen membina dari anda semua.

1) Apakah yang anda dapat rasakan setelah belajar Bahasa Arab?

2) Berikan komen membina tentang cara pengajaran saya.

39 comments:

  1. Assalamuailaikum..
    Terima kasih kepada ustaz yang telah banyak mengajar saya mengenai bahasa arab. Setelah 1 sem belajar bersama ustaz, banyak ilmu bahasa arab dapat saya pelajari. Jiwa saya juga lebih tenteram bila selalu mempelajari bahasa Allah ini. Bagi komen tentang cara pengajaran ustaz, tiada komen kerana setiap pengajaran ustaz bersesuaian dengan saya. Pendek kata, seronok dapat belajar bersama ustaz. Terima kasih ustaz dan minta halal segala ilmu ustaz itu..wassalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    pertama skali syukur kepada Allah swt krn m'beri peluang kpd sy utk bljr B.A. seterusnya
    جزاك الله جيرا جزاء diucpkan kpd ustz yg bnyk membimbing kami sepanjang pembelajrn.saya rasa sgt seronok sepanjang mengikuti kelas bahasa arab ini sbb sy sgt berminat utk mndalmi ilmu ini.

    komen tentang cara pengajran ustz pula sgt baik sbb time kelas B.A la sy rasa relx skit dengan konsep santai yg dbwa oleh ustz walaupn ssh utk mahir dlam B.A. last komen ustz tegas tp lucu.mohon ustz doakn kami semua selamt dunia dan akhirt.wasslm...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana berjaya menamatkan kelas Bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa Syurga. Setiap apa yang dipelajari mengandungi pengisian. Setelah saya mempelajari Bahasa Arab, saya rasakan bahawa bahasa ini amat mudah difahami. Selain itu, kehidupan kita sentiasa dekat dengan bahasa ini terutama dalam beribadat. Saya juga ingin berterima kasih kepada ustaz kerana sudi membimbing saya dan meminta maaf andai tersalah sepanjang perkenalan ini. Bagi saya, ustaz seorang yang sentiasa cool dan steady. Diharap selepas ini ukhwah yang terjalin akan lebih dekat. Saya mendoakan agar ustaz dan keluarga sentiasa berada dalam rahmatNya. Akhir kalam, doakan kejayaan kami semua agar berjaya di dunia dan lebih lagi di Akhirat kelak. INSYAALLAH....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ...السلام عليكم

    ...بسم الله الرحمن الرحيم
    Pertama sekali...ucapan Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk mempelajari B.A dengan seorang pensyarah yang lucu, tegas dan berpengalaman sekali gus dapat menamatkan kelas B.A ini dengan jayanya...(^_^)v
    Apakah yang saya dapat rasakan setelah belajar B.A?
    Sememangnya B.A adalah bahasa yang paling saya minati untuk mempelajarinya...Sebelum daftar subjek ini lagi, saya berhasrat untuk ambik B.A sebagai subjek pilihan...Alhamdulillah, hasrat saya termakbul...kerana rasa minat pada subjek ini, saya berasa amat seronok belajar B.A dan akan berusaha mendalaminya lagi...InsyaAllah.
    KOMEN:?Ustaz seorang yang cool, lawak tetapi tegas...pengajaran juga banyak diselitkan dengan ilmu2 sampingan yang bermanfaat.
    Akhir kata, terima kasih kepada Ustaz dan mohon maaf diatas segala kekhilafan spjg mengikuti kelas B.A ini.
    Doakan kami semua berjaya ye Ustaz (^_^)v
    Wassalam...
    FROM: AZIDA BT OMAR (S7)

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum ustaz,BA merupakan satu bahasa yang rumit utuk dikuasai.tidak cukup dengan hanya menghadiri kuliah mampu menjadikan seseorang itu hebat berbahasa arab.bahasa arab memerlukan lebih dari ketekunan dan kerajian untuk dikuasai.ia memerlukan komitmen berterusan dan kecintaan terhadap bahasa arab untuk menjadikan kita hebat dalam bahas arab.ya,bahasa arab bahasa islam.banyak pengistilahan ayat2x dan perkatan2x arab yang memainkan peranan dalm kehidupan seharian seorng muslim.jadi tidak mahu tidak seorg muslim yg baik sekurang-kurangnya mampu untuk memahami BA.
    pada pandangan saya pembelajaran dengan ustaz agak santai dan tidaklah terlalu formal dan tegang.saya dapati uztaz memahami situasi kmi yg tidak mapu untuk fokus lebih dari 1 jam.saya berterima kasih utk itu.ini sebenarnya membuatkan kami lebih tenang dan sekurang-kurangnya mendapat gambaran awal tentang pembeljaran yg disampikan.
    saya dgn ini memohon restu dan berterima kasih kepada ustaz atas semua ilmu dan bimbingan yg tlh ustaz berikan sepanjang 4 bulan sy menghadiri kelas2x ustaz.sekian terima kasih,assalamualaikum.
    WROHAYU BT OTHMAN/S3/2010/2011

    ReplyDelete
  7. Alhamdullillah.....
    Pertama kali saya mengucapkan terima kasih kepada ustaz yang telah banyak mengajar saya Bahasa Arab.Saya dapat mengetahui bahawa Bahasa Melayu telah banyak diambil daripada Bahasa Arab.Saya juga merasakan bahawa Bahasa Arab ini adalah Bahasa yang patut saya mendalami lebih dalam lagi untuk mengetahui maksud disebaliknya.
    Ustaz adalah merupakan pensyarah yang sangat santai dan kelakar walaupun terdapat foreigner dibelakang.Oleh itu, saya mohon ustaz doakan kami berjaya....
    from : ZAIRUL

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah....
    pertama sekali saya nak ucapkan terimaka kasih kepada ustaz kerana telah banyk membantu saya yang dalam bahasa arab kerana sebelum ni sepatah pon saya tidak tahu..banyk bahasa arab yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta pada masa yang same boleh memahami isi kandungn alquran..serta deangn adanya ustaz dalam kelaz kami,amat seronok dah enjoy..

    ustaz:
    memang sempi dah terbaik la..walupun kelakat tapi dari segi penyampaian memang masuk dalm qalbu.. sekiranya ustaz nak mengajar subjek awm silakan,t saya masuk skseyn ustaz...huhu...oleh itu,saya doakan kejayaan ustaz serta doakan kami.....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum......
    Alhamdulilah..
    Setelah hampir bebulan2 lamanya belajar dari ustaz sya rasa bahasa arab ni senang nak difahami dan dipelajari.. dan bila jumpa jer perkataan arab atau tengok movie arab terus dengan sendirinya ambik kamus nak tahu apa ertinya.... begitu juga masa mengaji..... nanti ustaz post lah perkataan2 mudah untuk kegunaan harian.. hehehehe..

    Komen mengenai ustaz: ustaz sporting giler2 dan penyampaian ustaz sangat mudah untuk difahami dan juga untuk diingati..... yg best juga ustaz tak terlalu memfokuskan sukatan pelajar tetapi kefahaman students.. akhir kata mengaji dengan ustaz memang best dan sya nak minta maaf kalau ada perkataan dan pelakuan yang telah menyakiti hati ustaz...doakan kejayaan kami. wasalam...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. .
    alhamdulillah bersyukur kpd Allah s.w.t. kerana berjaya menamatkan kelas Bahasa Arab ini dgn jayanya. Terima kasih kpd Ustaz krna memberi peluang kpd saya untuk mengikuti kelas ini. Apa yg saya dapat setelah belajar BA? Alhamdulillah jika dulu saya tak tahu apa yg saya pelajari di sekolah, setelah mengikuti kelas bersama ustz sya semakin faham mengenai BA,semakin memantapkan lagi penguasaan BA dan byk ilmu yg sya dpt.
    Komen sya tntg ustaz, ustaz sgt cool, sporting sangat, best dan sesi pengajaran tidak membosankan langsung. byk pengajaran dan ilmu sampingan diselitkan yg byk manfaatnya. plg best, video2 turut diselitkan sms sesi rehat. best !
    akhir kata, halakn segala ilmu yg diberikan. doakan sya utk final exm nih. terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum

    Alhamdulillah, setelah beberapa bulan saya belajar B.A saya lebih faham akan kepentingan B.A.Sebenarnya, dalam kehidupan kite seharian pun,kita menggunakan B.A contohnya ketika solat.menjadi satu kelebihan apabila kita mengetahui lebih banyak bahasa..B.A memepunyai keistimewaannya..bahasa yang cukup indah..

    cara P&P ngan ustaz memang terbaik..kuliah yang lebih santai dan tidak memberi tekanan..waktu kuliah diselitkan dgn vidoe2 yang bermanfaat dan memberi pedoman kepada pelajar..

    diharapkan,ustaz halalkan ilmu yang diberi dan mendoakan kejayaan saya dan rakan2 yang lain..amin..

    FROM : Mohamad Azhar (DF100088)(S7)

    ReplyDelete
  12. assalamualiakum ustaz...
    sy kembar nie..heheheh
    pertama sekali.saya rasa sgt bersyukur dapat masuk kelas bahasa arab seksyen ustaz sebab ustaz mmg best..setiap kali masuk kelas bahasa arab xpenah rasa bosan..selepas 4 bulan blajar dengan ustaz,bahasa arab saya dah makin ok,terima kasih ustaz... :)

    dari segi cara pengajaran ustaz bagi saya sangat2 best la,serius mmg best sebab ustaz ajar kami nak bg faham betul2....pastu ustaz pandai selitkan dengan lawak2..syok gler....ustaz selalu ingatkan kami yang final tu hanya untuk improve not to prove,so bila ingat pesanan ustaz.xde r rase tension sgt bila nk final exam...
    akhir kata,saya minta maaf byk2 andai kata saya ada buat silap...minta halal ilmu yang ustaz ajar kepada saya...doakan kejayaan kami semua ustaz...jangan lupa bagi A tau untuk bahasa arab kami...heheheheh
    TERIMA KASIH USTAZ........ :)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum ustaz...kabare??hehehehe.
    alhamdulilah hbis jga klas kite ustaz..."bahasa arab bahasa syurga"..itu antara ayt power ustaz...dgn kata2 ustaz ni r yg mbuatkn hati ni rse tenang dan senang nk beljr bhs arab...
    ok...bile dlm kelas...sekli pndang ustaz ni mcm srius je orgnye.pastu msti borink je bile dlm klaz ustaz..rupe2 nye..salah sngkaan tu..ustaz ni pndai melawak..bila dlm klaz ustz mmg tul2 rse relax sekli nk bljr..ap2 pn..trime kasih ustaz sbb jd seorng ustaz yg cool...doakn kjyaan kami dunia akhirat..syukran jazilan ya ustaz...

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum.....
    pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya diberi peluang sekali lagi belajar bahasa arab dengan ustaz.....
    4 buln terasa mcm sekejap sahaja, tetapi input yg saya dpt dr mengikuti kelas uztaz sngt bnyk.....
    semakin hari semakin seronok ingin menghadiri kels bhs arab....
    jika diberi kesempatan saya ingin menghadiri lg kels bhsa arab.... :-)

    berkenaan dengan cara pengajaran ustaz, saya rasa xda mslh...
    so far so good... :-)
    kmi bkn shj bljr bhsa arab, tp ada jg ustaz selitkn mklumt tmbhn yg bguna utk kmi....
    terima kasih ustaz......
    akhr kata saya mnta maaf jika prnh tsilap kata n halalkan segalanya....
    doakan kami semua berjaya di dunia n jg d akhirat.... :-)

    ReplyDelete
  15. ASSALAMUALAIKUM..

    salam ustaz..saya hawa nie hehehe,,,,
    Alhamdulillah...sepanjang pengajian saya dengan ustaz...saye rasa banyak jugak perkataan bahasa arab y saye da taw (xd la banyak sgt hehehe) tapi yang paling saye suke,,,perkataan masrurah(menyeronokkan)...mcm tue jugak saye umpamakan bahasa arab,,,sangat seronok sebenarnye,,,walaupun mule-mule saye rase down sangat xdapat bahasa mandarin...tp in d end,,saye x rase rugi langsung,,,,saye rase indah sgt n byk sgt kelebihan blaja bahasa arab nie....

    cara pengajian ustaz pulak sngt best..sempoi... walaupon sempoi n simple tp ustaz slalu selitkan dengan tazkirah2 n cte2 yang berfaedah,,,yang paling saye tersentuh n ingat ape yang ustaz cakap,,waktu tazkirah terakhir ustaz,,,yang doa ibu ayah adalah paling utama..n Allah memberi ujian pada kita mmg da setimpal dengan keupayaan hambaNYA,,,huhuhu terima kasih ustaz...kate2 ustaz kadang2 menaikkan semangat saye,,,huhuhu...
    terima kasih lagi sekali...smoga ustaz dapat baby yang coemyl macam saye(tp jgn nakal mcm saya laa) hehehe,,,,saya sayang ustaz.. :) syukran...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum.
    saya Noorfarahana binti Mustapa Kamal
    DF100112

    soalan 1:
    saya rasa sangat bersyukur setelah belajar bahasa arab dengan ustaz. banyak yang saya telah belajar. pengertian ayat2 dalam solat juga saya telah tahu walaupun tak banyak tapi adajuga la kan. saya sgt memahami pe yang telah ustaz ajar pada saya. baru saya sedar bahawa sangat berguna bahasa ini dalam kehidupan. dari celik mata lagi kita telah menggunakan bahasa arab maka dgn belajar dgn ustaz saya telah tahu serba sedikit makne2nye.

    soalan 2:
    ustaz terbaik kot!!!!!!
    tiada kata yang boleh saya ungkapkan untuk mewakili kebanggaan saya sebagai pelajar ustaz. semoga kita tak lost contact. lps ni kompom rindu giler kat kelas ustaz. hehehhehe:)
    ustaz, sy minta maaf jika ada tersilap+terkasar bahasa jika semasa kita belajar saya ada terkuang ajar dengan ustaz. halalkan semua apa yang ustaz telah ajar pada saya taw! <3 u

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum...
    saya Zuliana Azreen binti Zulkifeli

    setelah mempelajari bahasa arab,banyak perkara yang saya tidak tahu sebelum ini telah saya tahu.saya bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar bahasa arab kerana tidak pernah lagi mempelajarinya.Bahasa arab terbaik lah bagi saya dan seronok sangat walaupun sekarang masih belom mahir untuk bercakap dalam arab..


    setelah menunutut ilmu dengan ustaz lebih kurang 4 bulan,banyak input yang berguna yang telah saya perolehi bukan sahaja dalam bidang arab tetapi juga nasihat2 yang berguna daripada ustaz..cara ustaz mengajar saya berpuas ahti dan tiada langsung yang tidak faham,,,terima kash ustaz,,doakan kejayaan saya...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum w.b.t
    Alhamdulillah..krn sy dpt menjadi slh seorng ank murid ustaz.Kalau diberi peluang lg, rase nk belajar BA lebih mendalam.Banyak ilmu yg sy pelajari setelah mengikuti kls ustz.Bkn shj mengenai BA semata-mata.Bahkan byk ilmu lain dan perkongsiaan pengalaman yang ustaz sampaikan utk dijadikan panduan,pengajaran dan merupakan input baru bagi diri sy spy sentiasa positif dlm menjalani kehidupan harian.TERIMA KASIH USTAZ.HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK USTAZ SELAMA INI.

    komen: Bagi saya,cara pengajaran ustaz sekarang sudah boleh dikategorikan yang terbaik.Teruskan cara ustaz yang sentiasa memotivasikan, menasihati dan mengingatkan anak muridnya.

    ~Terima kasih ustaz..
    sy minta maaf jika saya pernah melakukan kesilapan dan kesalahan pd ustaz.maafkan saya ustaz.Halalkan semua ilmu yg ustaz sampaikan pd kami.Doakan kejayaan dan kebahagiaan kami hidup di dunia dan di akhirat.
    Ingat kami dalam doa ustaz..

    ReplyDelete
  19. السلام عليكم
    terima kasih kepada ustaz..kerana sudi mengajar saya bahasa arab...terima kasih juga kepada ustaz kerana telah mengajar saya mengenai keindahan bahasa arab itu sendiri. saya tidak pernah berasa jemu dalam setiap proses pembelajaran ustaz..segala input2 dan pengetahuan yang ustaz bagi amat berkesan dan bermanfaat. satu kelainan yang saya dapat lihat daripada ustaz ialah walaupun ustaz mengajar bahasa arab tetapi ustaz juga selalu bercerita perkara yang berfaedah dan selalu memberi kata2 hikmah yang dapat membimbing kami semua. itu yang saya kagum terhadap ustaz.diharap ustaz dapat terus menjadi seorang pengajar yang disegani kelak..InsyaALLAH..:)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ustaz...

    Pertamanya apa yang saya rasakan setelah belajar B.A lebih kurang 4bulan ini ialah,saya dpt mempelajari satu ilmu yang tidak pernah saya terokai sebelum ini.Setelah mengikuti kelas B.A ini barulah saya sedar akan kepentingan dan kelebihan B.A apatah lagi B.A adalah bahasa Al-Quran.Segala ilmu yang diperolehi sepanjg saya mengikuti kelas ustaz amat bermakna sekali dan saya akan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan sepanjang hayat saya..terima kasih banyak saya ucapkan kepada ustaz di atas segala ilmu yang dicurahkan.Jika sebelum mempeljari B.A ini,ada beberapa perkataan yang sering saya dengar tapi tidak mengetahui maksudnya,tapi kini baru saya paham perkataan tersebut.Sememangnya saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk beljar B.A di kelas ustaz.

    Selain itu,pada pandangan saya cara pengajran ustaz amat bagus dan berkesan.Saya gembira belajr di kelas dan tidak pernah merasa stress atau tertekan walaupun saya tidak pernah belajar B.A.Saya yakin semua pelajar merasai perkara yang sama.Saya suka dengan cara pengajaran ustaz yang bersahaja dan diselitkan dengan kata-kata lucu,video yang bermanfaat dan juga kata-kata semgat buat kami semua.Paling saya terharu adalah swaktu di kelas yang terakhir.Akan saya sematkan kata-kata ustaz yang bermakna itu..dan akhir sekali saya doakan semoga ustaz sukses dengan apa jua ustaz lakukan dan jangan lupa doakan kjyaan kami semua dalam menempuhi 3thn ini.semoga dihalalkan semua ilmu yang diberi dan sekali lagi terima kasih banyak-banyak saya ucapkan..sekian,wassalam..

    WAN ASMA BINTI WAN MOHAMAD APANDI DF100063

    ReplyDelete
  21. ASSALAMUALAIKUM..

    S1: TQ ustaz kerana telah byk mengajar sy. Dari apa yang ustaz ajar. Sedikit sebanyak dapat sy memahami dan dapat saya mengetahui bahasa2 Al-quran. Apa yang terdetik dihati saya” menarik juga belajar bahasa arab nie..” Harap, dengan ilmu yang saya ada, dptlah sy mengingati , menggunakan dan menambahkan lagi ilmu serta dpt memahami bahasa2 yang Al-quran ngan lbih mendalam di masa akan datang.
    S2 : Ustaz mengajar sempoi, xskema, pelajar xtension, minat belajar arab pon makin bertambah. Harap ustaz dapat teruskan cara mengajar yang baik kepada lbih baik.
    Akhir kata: thanks ustaz atas ilmu yang diberi, halalkan segala ilmu yang ustaz ajar, mudah2an kami semua dapat jawab final exam ngan baik. Doakan kami..dan Good luck kat ustaz juga..moga dapat menjadi pensyarah yang terbaik dari pensyarah2 yang terbaik..

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum ustaz..

    alhamdulillah,setelah 4 bulan saya mengikuti klas bahasa arab ini,telah byk yg saya pelajari dari ustaz mengenai bahasa arab..insyaallah, saya akan gunakan dgn sebaik2nya segala yg telah saya pelajari..sblom ini saya tidak ada basic mengenai bahasa arab..trima kasih ustaz kerana tanpa penat lelah mengajar kami dan menjawab segala pertanyaan yg diberikan..insyaallah,segala yg saya pelajari,akan saya aplikasikan pada masa hadapan dengan sebaiknya.

    pada pendapat saya,ustaz mengajar kami dengan baik.ustaz sentiasa memberikan nasihat, motivasi serta berkongsi cerita utk menghadapi kehidupan dengan lbh baik dan berkesan.dgn adanya selingan tayangan yg komedi menjadikan semua enjoy utk mempelajari bahasa arab yg mengambil masa 3 jam..trima kasih ustaz di atas segala tunjuk ajar yg diberikan..doakan saya dan rakan2 lain dpt menjawab final dengan baik..mohon maaf sekiranya ada sebrg kesalahan yg dilakukan..trima kasih skali lg ustaz,hanya Allah yang dpt membalas segala jasa baik yg ustaz berikan..=)

    ReplyDelete
  23. ...السلام عليكم

    Kepada ustaz yang sy kasihi,syukran saya ucapkan kepada ustaz yang telah banyak mengajar saya Bahasa Arab. Ternyata bahawa Bahasa Arab
    adalah bahasa yang mempunyai elemen-elemen yang amat unik dan istimewa. Bahasa
    ini adalah bahasa ilmu, peradaban, ketamadunan dan keintelektualan sejak dari dulu
    hingga kini. Tidak hairanlah Allah S.W.T. telah meletakkannya pada maqam tertinggi iaitu
    sebagai bahasa al-Quran.Segala ilmu yang diperolehi sepanjg saya mengikuti kelas ustaz amat bermakna sekali dan saya akan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan sepanjang hayat saya..terima kasih banyak saya ucapkan kepada ustaz di atas segala ilmu yang dicurahkan.

    Bagi saya, ustaz mengajar kami dengan baik dan tidak tension.Ustaz sentiasa memberi ilmu yang bermanfaat dan juga kata-kata semgat buat kami semua. Diharap selepas ini, sy berpeluang lg utk belajar bersama ustaz. Kejayaan manusia hanya dalam agama, sejauhmana kita dapat taat perintah Allah mngikut sunnah Rasulullah S.A.W, itulah kejayaan yang hakiki.... Saya mendoakan agar ustaz dan keluarga sentiasa berada dalam rahmatNya. Akhir kalam, doakan kejayaan kami semua agar berjaya di dunia lebih2 lagi di Akhirat yang tiada penghujungnya. INSYAALLAH....

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum ustaz.....
    Terima kasih ustaz sebab telah mengajar saya dan kawan2 saya dalam S3 dan S7. Secara ringkas dan padatnya.....saya berasa sangat beruntung kerana Allah S.W.T telah memberi peluang kepada saya untuk belajar Bahasa Arab dalam kelas ustaz. Saya suka cara ustaz mengajar....tak boring....kelakar....memahami pelajar.Saya suka cara pembelajaran ustaz apabila ustaz selitkan tayangan Video dan teka-teki dalam kelas ustaz.Ia jadikan proses pembelajaran jadi menarik dan seronok. Akhir kata dari saya, Saya mohon ustaz halalkan segala ilmu yang ustaz berikan.....semoga Ustaz diberikan ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami. Sekian....Wassalam..

    SITI HAWA BINTI HASHIM
    DF100104
    S7

    ReplyDelete
  26. ASSALAMUALAIKUM USTAZ..
    Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ustaz diatas ilmu yang dicurahkan kepada kami semua. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh uztaz ini merupakan suatu usaha murni khususnya bagi mendidik kami semua agar dapat menguasai bahasa arab dengan lebih baik.Pada hemat saya, pembelajaran yang disampaikan oleh ustaz mudah difahami dan diterima oleh saya. Inilah cara terbaik bagi saya mempelajari bahasa arab dengan mudah dan cepat. Terima kasih diatas nasihat dan teguran yang sangat berguna untuk saya khususnya.
    Akhirnya,saya memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan agar dihalalkan segala ilmu yang ustaz telah curahkan selama ini.Diharap ia menjadi ilmu yang bermanafaat di dunia dan lebih-lebih lagi diakhirat. Semoga Allah sentiasa memberkati ustaz..WASSSALAM

    ReplyDelete
  27. ASSALAMUALAIKUM YA USTAZ..
    Setelah 4 bulan saya belajar bahasa arab banyak yang telah saya pelajari dari ustaz. Bagaimana cara menerbitkan ayat - ayat dalam bahasa arab, bagaimana membuat penyusunan ayat dan sebagainya telah saya pelajari dari ustaz. Sungguh bertuah saya kerana dapat mempelajari bahasa syurga dan selama 4 bulan juga saya dapat menguasai serba sedikit bahasa arab walaupun tidak sehebat seperti orang arab di luar sana. Mengenai cara pembelajaran ustaz pula, saya rasa terkilan apabila ustaz dalam keadaan yang tidak senang mungkin dihimpit dengan masalah kerja, ustaz sedaya upaya ingin menyampaikan sesi pembelajaran dengan lancar dan berkesan. Cara ustaz menyampaikan ilmu juga mudah difahami dan dapat diterima dengan mudah. Cuma perlu ditekan pemberian latihan dirumah " Homework", kepada para pelajar supaya mereka lebih memahami ape yang dipelajari oleh mereka. Saya juga amat berterima kasih kepada ustaz dengan pemberian ikhlas nota dan nasihat - nasihat dari ustaz. Syukran ya ustaz..

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum,pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Illahi kerana kita dengan limpah kurnianya telah berjaya menamatkan kelas bahasa Arab selama 4bulan ini,,apa yang saya perolehi setelah pembelajaran ini ialah saya dapat mengetahui banyak perkataan baru,kata ganti nama,nombor dan macam2 lagi.
    ditambah pulak dengan cara pengajaran yang ustaz bawa dalam kelas amat menyeronokkan menyebabkan saya tidak mahu ponteng kelas,hehe,,yela ustaz menyelitkan unsur komedi,pengajaran dan ilmu yang padat dalam sistem pembelajaran ustaz,maka kite org tidak penah merasa boring semasa waktu kelas,saya amat bersyukur kerana dapat belajar dengan ustaz,terima kasih,,

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum wbt...

    Just wanna say THANKS... Syukran Ustaz! Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana dipertemukan dalam Seksyen 5.. kelas Bahasa Arab UTHM.. May Allah bless u always...Amin.

    ReplyDelete
  30. assamualaikum...
    sblum msk kls ust sy just nk amik bhasa arab tuk dpt A je, tp stlh mendalami nye sdikit sbyk tlh menimbulkan minat tuk lbh mendalami nya..stlh blaja BA jg, sy mengetahui beberapa perkataan arab,wlaupun x byk..kini,stiap kali bc al quran sy akn cuba cr perkataan yg sy fhm mksudnya...mungkin krn BA arab merupakan bhsa al quran,menghafal nota BA lbh cepat mengingat berbanding dgn subjek lain..

    kaedah pengajaran ust mmg menyeronok kan..bagi sy,ust bukan shja lec semata-mata$$, tp jg seorng pemotivasi yg terhebat...

    terima kasih byk2 ust,...
    halal ilmu yg diajar..
    maafkan kesalahan2 yg sy lakukan slama menghadiri kls ust(slalu lmbt ke kls)...
    doakan kejayaan kami semua...
    wassalam...

    ReplyDelete
  31. Assalammualaikum...
    perasaan saya setelah belajar bhs arab selama 4 bulan...
    pertama sekali, saya sangat bersyukur dapat mempelajari bhs arab ni, yakni bhs al-quran sndr. pada saya, peluang untuk mempelajari bhs arab perlu digunakan dgn sebaiknya. yg lebih pentg, perasaan cintakan bhs arab perlu dipupuk dalam diri stp individu terutama pada diri saya sendiri, kerana jika diamati, dlm kehidupan seharian kita, x dapat tdk, kita akan membaca dan menggunakan bhs arab. Tanpa penghayatan dlm bhs ni, sukar utk kita memahami dan mengamalkan sesuatu yg menjadi panduan hidup kita. Mungkin pd sesetengah individu, bhs arab hanya bhs pilihan n terpulg pd diri utk mempelajarinya atau x. namun saya bersyukur diberi peluang utk mempelajari bhs arab wlaupun blm mampu untuk menguasainya buat masa ni.
    berkaitan kaedah pengajaran ustaz pula...saya yakin ramai yg gembira dpt belajar dgn ustaz kerana kaedah pengajaran yg berubah menikut keadaan semasa dan tdk membosankan. pada saya pula, kaedah ustaz mngjar slow n berubh sdkt cepat sesuai bg saya yg mempunyai basic arab yg lemah, dan memudahkan saya mengikuti pembelajaran yg ustaz sampaikan. apa yg lebih pntg, stigma bhs arab saya sedikit berubah drpd persepsi bhw bhs arab susah utk dipelajari kpd lebih mudah jika pendekatan yg digunakan adlh sesuai. jika kaedah pengajaran mampu utk membuatkan pelajar berkomunikasi menggunakan bhs arab lebih baik, namun saya percaya, kekanga masa mjd 1 masalah utama.
    terima kasih kepada ustaz kerana banyak mengajar saya n maafkan segala segala salah silap saya, doakan kami smua bjaya dunia dan akhirat...
    wassalam....

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum..
    Sepanjang proses pembelajaran bahasa arab bersama ustaz selama 4 bulan, saya telah memperolehi banyak input-input dan sedikit sebanyak dapat menguasai bahasa arab. Syukur alhamdulillah, akhirnya ustaz telah mengubah pandangan saya mengenai bahasa arab, di mana suatu ketika dahulu nya saya menganggap bahasa arab ini suatu bahasa yang amat sukar dan membosankan untuk difahami mahupun dipelajari. Malahan, sepanjang tempoh tersebut, saya merasakan bahasa arab suatu bahasa yang unik dan menyeronokkan untuk dipelajari dengan lebih terperinci. Selain itu, sistem pembelajaran ustaz yang agak sistematik dan penuh dengan intipati yang memberi pengajaran dan pedoman dalam meniti hari yang mendatang. Contohnya dengan tontonan video-video serta kisah-kisah penyunting semangat yang memberi seribu satu manfaat dan penuh dengan motivasi yang berguna dalam kehidupan. Saya merasakan kelas tersebut, adalah sebuah kelas yang penuh ketenangan dan tidak terbeban apabila belajar bahasa arab. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas ustaz, kerana telah mewarnai bahasa arab sya yang pada mulanya umpama kain putih tanpa corak sehingga menjadi kain yang penuh dengan corak. Malahan, terima kasih seklai lagi di atas ilmu-ilmu yang telah dicurahkan dan pastinya segala ilmu itu akan sentiasa digunakan pada setiap masa. =)
    Wassalam.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum...ustaz

    Terus terang saya katakan saya tidak pernah berpeluang untuk mempelajari bahasa arab sebelum ini..mungkin takdir ALLAH S.W.T..Dia telah menunjukkan ilmu dan membuka peluang kepada saya untuk mempelajari bahasa arab daripada ustaz..walaupun masa hanya 4bulan bersama ustaz..insyallah saya akan teruskan mempelajari bahasa arab dari semasa ke semasa dan menyampaikan kepada kwn2 yg lain tentang kepentingan kita mengetahui bahasa al-quran ini..
    Jujur saya katakan,pada permulaan pembelajaran saya lambat 'pickup' utk memahami bhsa arab ini..tp dgn latihan,nota dan cara pembelajaran 2 hala antara ustaz & pelajar..sedikit demi sedikit saya mempelajari sesuatu yg b'guna bukan shja utk pencapaian akedemik malahan utk diaplikasikan dlm diri bg ilmu dunia & akhirat..terima kasih ustaz

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum ustaz.
    hanisah hamzah
    DF100052

    setelah 14 minggu mengikuti kelas BA dgn ustaz, pandangan sy terhadap BA berubah sedikit. dulu,, selalo ckp bahasa arab susah. setelah mempelajari walaupun secubit, sy merasakn BA ckup indah dan tidak sesusah. cuma perlukan usaha yang kuat utk menguasai BA.

    pembalajaran ustaz tidak memberi tekanan pada sy. sy berasa gembira blaja BA. ustaz ramah. slaloo bercerita pada kami. terima kasih byk2 ustaz..:)

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum ustaz.
    saya rasa amt bersyukur sebab dapat masuk kelas ustaz. belajar B.A telah membuatkan saya rasa tenang dan mendamaikan. saya rasa tak sia2 pilih subjek B.A ni. B.A sebenarnya satu bahasa yang mudah dan indah jika kita betul2 mendalaminya.
    saya tak pernah rasa boring dengan cara pengajaran ustaz. kelas ustaz mmg best. tak pernah rase tertekan bila masuk kelas sebab ustaz ajar kami relax je. thanx atas segala ilmu yang diajar & semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga. semoga ustaz dapat baby yang comel macam saya, bukan macam hawa..hehe

    ReplyDelete
  36. ASSALAMUALAIKUM

    1) Alhamdulillah selesai sudah class & final BA. Spnjg mmpelajari BA ni sy dpt rasakn ianya bhs yg pnting dlm rutin harian kita trutama bribadat. Walaupun blum mmpu mguasai spnuhnya BA nmun sy bsyukur Allah mmbuka jln kpd sy utk mmpelajari bhs indah ini krn pd mulanya BA bukn lah pilihn sy sbgai bhs asing. BA tidak lah sukar ttpi perlu dpraktikkn secara bterusan & it’s fun! Hehe! Dan sy mahu lbih mndalami BA slps ini, InsyaAllah..

    2) Dr segi pgajaran ustaz tnyata mmpu mnmbh minat sy dlm BA ini. Ustaz mgajar dlm suasana yg relax ttpi kdg2 tlaju pun ada, lbih2 lg sy yg tiada basic dlm BA ni terasa agak ktinggaln. Sy ingin bterima kasih kpd ustaz krn tidak mgajar secara diskriminasi antara pelajar2 lain. Harap ustaz halal kn sgala ilmu yg tlh dicurahkn & doakn yg tbaik buat kami pelajar S7 & S3. Mudah-mudahn ustaz lbih bjaya d msa akan dtg, InsyaAllah..aminn..

    NURHAZIRAH MUSTAFFA
    DF100098 (S7)

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum ustaz…

    Saya suka dengan cara ustaz mengajar kelas kami. Ustaz tidak bagi tekanan malah ustaz sangat memahami. Ustaz seorang yang kelakar kerana pandai buat lawak dalam kelas serta bagi kami tengok video kerana takut kami bosan.
    Saya rasa seronok belajar dengan ustaz.
    Saya ucapkan time kasih untuk ilmu yang telah ustaz bagi…

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum ustat, terima kasih lah ustaz ajar saya bahasa arab hehehe

    ReplyDelete