Thursday, April 21, 2011

Sabar dan Sabar..

Dalam berdepan dengan apa jua situasi, orang selalu berpesan. "Sabarlah.. / Awak kena sabar banyak2 / Bersabar k /...."

Memberi nasihat untuk bersabar memang mudah. Tapi apabila kita ditimpa musibah, baru kita tahu bahawa susahnya untuk bersabar.

Para ulamak membahagikan sabar itu kepada 3 kategori:
1) sabar dalam melakukan ketaatan.
2) sabar dalam meinggalkan maksiat.
3) sabar ketika diuji dengan musibah.

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Bumi mana yang tak ditimpa hujan." Begitulah gambaran tentang hidup ini yang tidak boleh lari dari diuji.

Menghadapi kesusahan dan kesukaran bukanlah ukuran Allah tidak sayangkan kita. Nabi Muhammad adalah insan yang paling banyak diuji sedangkan Baginda adalah kekasih Allah.

Junjungan Rasullah dilahirkan sebagai anak yatim. Dalam usia 2 tahun ibuNya pula tiada. Dikuti dengan kematian datuknya yang tercinta pada usia 6 tahun sehingga ketika itu Rasullah menangis teresak-esak sedih akan nasib yang menimpanya.

Setelah dibangkitkan menjadi Nabi, Baginda menerima ujian yang lebih dahsyat. Apa jenis celaan yang tidak dilemparkan kepada Baginda. Masyarakat ketika iti mengatakan Nabi gila, ahli sihir, pemecah belah bangsa dan banyak lagi cemuhan-cemuhan lain yang diajukan kapada Baginda.

"Seandainya Rasullah insan pilihan Allah pun diuji dan diuji, apatah lagi insan biasa seperti kita."  

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Abah selalu pesan, spy sentiasa bersyukur bila kita rasa tertekan apabila diuji. Sbbnya..itu tandanya kita msh waras.Abah ckap hanya org x waras je yg x kan rasa dirinya de masalah.
    Alhamdulillah..
    Jadi hadapi stp ujian yg mndtg dgn tabah dan bijaksana spy ujian td tidak mnyebabkan kita x waras. Tetapi sebenarnya, membuatkn kita utk brfikir lbh baik spy dpt yg terbaik.
    Wallahualam bissawab.

    ReplyDelete